Halaman

Isnin, 19 Januari 2015

'Perkara itu'

♥♥♥●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●۩۞۩●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●♥♥♥

الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ اللهِ بِسْــــــــــــــمِ  ⓈⓂⒾⓁⒺ
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ..

♥♥♥●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●۩۞۩●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●♥♥♥

           Memang dalam dunia banyak perkara yang positif dan perkara yang negatif. Hanya kita saja yang kadang-kadang tak tahu pilih yang mana untuk kebaikan diri kita. Terutamanya pada anak-anak muda zaman sekarang yang selalu leka dalam duniawi mereka. Putra faham sesetengah anak muda mengatakan untuk cuba sesuatu yang barulah, berjiwa mudalah, ikut citarasalah, apalah. Tapi sedarkah mereka bahawa apa yang mereka katakan itu membawa kebaikan kepada mereka atau sebaliknya.

           I’m a guy too. Sometimes Putra rasa jealous kepada kawan-kawan Putra yang pernah melakukan ‘perkara itu’. Maksud Putra ‘perkara itu’ ialah hubungan sex. Putra tau mesti ramai yang cakap, biasalah jiwa mudalah, saja-saja trylah, bukan jantanlah kalau tak merasalah, dan sebagainyalah. Putra pun seorang lelaki, jadi bohonglah kalau Putra kata Putra tak nak cuba tapi indeed, honestly memang Putra tak pernah try ‘perkara itu’. Menahan tu memang menyakitkan tapi apa kan daya, selagi kita mampu bertahan, kita kena tahan juga.

           Tapi biasalah manusia kadang-kadang terlupa, ‘perkara itu’ adalah haram di sisi agama. Agama kita telah menegah perkara seperti ini sebab ia boleh merosakkan institusi masyarakat. Contohnya kalau berlaku pembuangan anak ke, kelahiran anak luar nikah ke, tak ke berdosa semua tu kalau ia berlaku. Siapa yang perlu dipersalahkan??. Anak-anak atau parents??. However, semua itu terletak pada iman seseorang. Kita kena ingat, orang yang bersabar adalah orang yang kuat. Selagi kamu mampu untuk tahan, tahanlah. Kalau kamu memang tidak boleh tahan, maka berdoalah kepada Allah swt untuk meminta pertolongan dan bimbingan apa yang harus kamu lakukan. Jika itu jalan yang terbaik buat kamu, maka kamu perlu meredhainya kerana ia mungkin adalah kebahagiaan kamu daripada kamu terus tersesat ke jalan kemaksiatan.

Sekian saja nukilan dari saya, Putera Adiwira. Terima kasih.

♥♥♥●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●۩۞۩●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●♥♥♥

“ You did the best, that’s you’ll get .. “

♥♥♥●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●۩۞۩●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●♥♥♥

˚♫˚ Love :˚♫˚

Putera Adiwira ..